semuanya masih baru..semangat masih baru dan harap2nya semangat ni ade sampai ke penghujungnya.kuat semangat untuk lakukan yang terbaik, kerana disekelilingku ada yang sedang memerhati dan mengharapkan sesuatu dariku...bak kata ummi khadijah, sesuatu tu "bukan saje2"...dan sekarang aku makin yakin bahwa ape yang blaku ni bukan saje2...aku kena bangun dari lena yang panjang2 dan angan2 yang tidak berpenghujung...sedar dan bangkit....
tapi betul la, kita takkan dapat capai kesempurnaan sebab yang sempurna hanya DIA.kuatkan hati. bulatkan nekad. mudah2n segala urusan kita akan dipermudahkanNYA.kita tak mampu nak jaga semua benda dan pastikan semuanya berjalan lancar...usaha dan serahkan segala padanya. mula dan akhiri dengan doa. jangan tamak mahukan kesempurnaan. aku juga tidak berani jamin untuk dapatkan kecemerlangan kali ni, cuma yang aku tahu aku sedang berlapang dada untuk menerima sebarang kemungkinan. langkah pertama ku sedang bermula, aku tahu, mungkin juga akan ada halangan ditengah jalan, namun aku harap nikmatNYA padaku membuatkan aku sedar supaya tidak menidakkan pemberiannya.
rasa2nya, sejak abis degree ade banyak benda yang aku belajar...rasa diri makin dekat denganNYA melalui ape saja yang kita temui...kawan2...buku...dan kini aku percaya, kita adalah ape yang kita fikirkan...
No comments:
Post a Comment