"masa lalu adalah kelmarin yang telah mati.masa depan adalah esok yang belum lahir..tetapi selamatkanlah hari ini yang sedang hidup..."
rasanya itulah yang tepat untuk kita fikir bila kita rasa hidup kita sulit..bila kita rasa cam xde orang yang peduli..ah, pe la aku melalut pagi2 ni...ade byk nk tulis tp bila tersinggah di blog 'not the promise path'...aku menangis lg..adoi,murah sungguh airmata ni...alfatihah untuk pemilik blog...dan ketabahan keluarga boleh dijadikan contoh...hidup mesti terus...
patutnya aku habiskan review kitab kuning tue...bukannya mengadap benda alah ni tapi ntah la godaannya cukup kuat...hie3...tetiba macam2 benda datang menjengah dan kononnya mahukan 'perhatian'..antaranya; idea yg mencurah2 utk 'UNTUK TIGA TAHUN',dah tu tentang kawan2 yang dah dapat tawaran jd cikgu jqaf....sungguh,jauh kt sudut hati aku...aku gembira sangat2 sebab doa aku dah makbul. sebab mereka ni selalu termasuk dalam doa aku. aku selalu sebut name aloha,k.mun, sol, jujue...agar segala kebaikan untuk mereka. cuma ade jgak terkilannya sebab anah n azli belum dapat apa yang dia nak...tapi rezeki masing2 kita xtau...aku harap diorg sabar...utk yg lain tahniah yea...huda,dyana n suraya...all the best utk smua!
AKU? sebenarnya kalau tanya pada disember yg lalu mgkin aku frust gak tapi sbb aku slalu doa moga diberikan yg terbaik, aku redha kenapa aku disini. dengan restu mak abah...aku harap aku makin kuat disini...aku berharap, azam ku utk berada disini stahun setengah ni berterusan hingga ke hujung perjuangan aku! lagi pun aku taknak menambah hutang aku kalau aku terpaksa bertapa di um ni lagi lama dari itu. he3..
pe lagi yang aku nak tulis? ade sesuatu yg aku nk tulis tp aku tak pernah ade kekuatan nak tulis...hu3,misteri pulak kan..tapi rasanya biarkan ia terus menjadi misteri kan...andai suatu masa nanti ada peluang utk hilangkan rasa misteri tu,mungkin hanya pada dia seorang je...kalau tak terluah jugak biarlah aku cakap dalam mimpi je!mimpi tu kan hak masing2,mimpi je lah apa yang kita nak mimpikan. hahaha..makin misteri jadinya!
"masa lalu adalah kelmarin yang telah mati.masa depan adalah esok yang belum lahir..tetapi selamatkanlah hari ini yang sedang hidup.." rasanya aku sedang selamatkan hari ini yang sedang hidup...kembali pada alam nyata bahawa sbaik mana kita merancang hidup kita masih ada perancang yang TERBAIK yang tahu segalanya tentng kita. tahu yang terbaik untuk kita dan bila waktunya sudah tiba barulah kita sedar dan berkata.."oh,patut r jadi mcam tu, sbb rupanya nak jadi macam nie..."
kadangkala kita merasakan kita sudah kuat untuk menghdapi dugaan cuma bila kita tersedar,kadang2 hati kita senang tergugat bila melibat orang2 kesayangan kita...tapi itu juga sebahagian dari hidupkan...kita hanya manusia biasa tp sedari lah, hidup ini makin indah bila kita menghadapi setiap hari dengan hati yang lapang.
No comments:
Post a Comment