Friday, January 28, 2011

ilmuNYA...

adoi....banyaknya asaiment...makin lama baca...makin banyak lagi yang taktau...nak baca kitab turath satu hal...tgagap2 dan merangkak2 cam budak buta huruf...sudahnya,niat nak baca satu hari satu artikel cam x ksampaian je...
hmm,kuatkan semangat..bukan utk orang lain tapi utk diri sendiri....
patut baca semula 'SEBUAH JANJI'

Saturday, January 22, 2011

teringat pada masa tue...

masa tue...masa tue macam2 yang dah jadi...msa tue macam2 yg dah aku lalui...aku akan ingat sampai bila...dan aku harap, segala kenangan pahit yang terjadi sepanjang yang terjadi di mmpp akan lupus begitu sahaja.dan aku yakin masa boleh mengubat perit yang dirasakan waktu itu. dan aku harap dengan usia yang makin matang ini, aku boleh mengenangkannya sambil tersenyum. apa yang aku harap, hanya kenangan yang manis sahaja yang hadir antara kita. sungguh, biarlah segalanya hanya berakhir. dengan rasa rendah diri, aku harap biarkan ianya mati disitu....

masa tue...di kolej lima,aku jga harap segalanya sudah berakhir. aku mohon maaf walaupun aku rasa segala yang berlaku mungkin kerana masing2 merasakan diri betul..

masa tue...aku mintak maaf sbb pernah hadir dalam hidupnya!

masa nie...aku doakan segala yang berlaku di mmpp dan di kolej 5,um berakhir dengan kesudahan yang baik. hapuskan segala benda2 jahat yang masih melekat kt kepala ni...

masa nie...aku doakan kita mendapat yang terbaik dalam hidup kita!dan moga aku terus menjadi ALONG dihatimu...terima kasih kerana kita pernah menjadi kawan...

masa nie...korang sume adalah anugerah yang allah kurnia kan pada aku....semuanya hadir dalam hidup aku bukan untuk SAJE2!

hidup kita...

"masa lalu adalah kelmarin yang telah mati.masa depan adalah esok yang belum lahir..tetapi selamatkanlah hari ini yang sedang hidup..."
rasanya itulah yang tepat untuk kita fikir bila kita rasa hidup kita sulit..bila kita rasa cam xde orang yang peduli..ah, pe la aku melalut pagi2 ni...ade byk nk tulis tp bila tersinggah di blog 'not the promise path'...aku menangis lg..adoi,murah sungguh airmata ni...alfatihah untuk pemilik blog...dan ketabahan keluarga boleh dijadikan contoh...hidup mesti terus...

patutnya aku habiskan review kitab kuning tue...bukannya mengadap benda alah ni tapi ntah la godaannya cukup kuat...hie3...tetiba macam2 benda datang menjengah dan kononnya mahukan 'perhatian'..antaranya; idea yg mencurah2 utk 'UNTUK TIGA TAHUN',dah tu tentang kawan2 yang dah dapat tawaran jd cikgu jqaf....sungguh,jauh kt sudut hati aku...aku gembira sangat2 sebab doa aku dah makbul. sebab mereka ni selalu termasuk dalam doa aku. aku selalu sebut name aloha,k.mun, sol, jujue...agar segala kebaikan untuk mereka. cuma ade jgak terkilannya sebab anah n azli belum dapat apa yang dia nak...tapi rezeki masing2 kita xtau...aku harap diorg sabar...utk yg lain tahniah yea...huda,dyana n suraya...all the best utk smua!

AKU? sebenarnya kalau tanya pada disember yg lalu mgkin aku frust gak tapi sbb aku slalu doa moga diberikan yg terbaik, aku redha kenapa aku disini. dengan restu mak abah...aku harap aku makin kuat disini...aku berharap, azam ku utk berada disini stahun setengah ni berterusan hingga ke hujung perjuangan aku! lagi pun aku taknak menambah hutang aku kalau aku terpaksa bertapa di um ni lagi lama dari itu. he3..

pe lagi yang aku nak tulis? ade sesuatu yg aku nk tulis tp aku tak pernah ade kekuatan nak tulis...hu3,misteri pulak kan..tapi rasanya biarkan ia terus menjadi misteri kan...andai suatu masa nanti ada peluang utk hilangkan rasa misteri tu,mungkin hanya pada dia seorang je...kalau tak terluah jugak biarlah aku cakap dalam mimpi je!mimpi tu kan hak masing2,mimpi je lah apa yang kita nak mimpikan. hahaha..makin misteri jadinya!
"masa lalu adalah kelmarin yang telah mati.masa depan adalah esok yang belum lahir..tetapi selamatkanlah hari ini yang sedang hidup.." rasanya aku sedang selamatkan hari ini yang sedang hidup...kembali pada alam nyata bahawa sbaik mana kita merancang hidup kita masih ada perancang yang TERBAIK yang tahu segalanya tentng kita. tahu yang terbaik untuk kita dan bila waktunya sudah tiba barulah kita sedar dan berkata.."oh,patut r jadi mcam tu, sbb rupanya nak jadi macam nie..."

kadangkala kita merasakan kita sudah kuat untuk menghdapi dugaan cuma bila kita tersedar,kadang2 hati kita senang tergugat bila melibat orang2 kesayangan kita...tapi itu juga sebahagian dari hidupkan...kita hanya manusia biasa tp sedari lah, hidup ini makin indah bila kita menghadapi setiap hari dengan hati yang lapang.

Tuesday, January 4, 2011

tukar status...

semuanya masih baru..semangat masih baru dan harap2nya semangat ni ade sampai ke penghujungnya.kuat semangat untuk lakukan yang terbaik, kerana disekelilingku ada yang sedang memerhati dan mengharapkan sesuatu dariku...bak kata ummi khadijah, sesuatu tu "bukan saje2"...dan sekarang aku makin yakin bahwa ape yang blaku ni bukan saje2...aku kena bangun dari lena yang panjang2 dan angan2 yang tidak berpenghujung...sedar dan bangkit....
tapi betul la, kita takkan dapat capai kesempurnaan sebab yang sempurna hanya DIA.kuatkan hati. bulatkan nekad. mudah2n segala urusan kita akan dipermudahkanNYA.kita tak mampu nak jaga semua benda dan pastikan semuanya berjalan lancar...usaha dan serahkan segala padanya. mula dan akhiri dengan doa. jangan tamak mahukan kesempurnaan. aku juga tidak berani jamin untuk dapatkan kecemerlangan kali ni, cuma yang aku tahu aku sedang berlapang dada untuk menerima sebarang kemungkinan. langkah pertama ku sedang bermula, aku tahu, mungkin juga akan ada halangan ditengah jalan, namun aku harap nikmatNYA padaku membuatkan aku sedar supaya tidak menidakkan pemberiannya.
rasa2nya, sejak abis degree ade banyak benda yang aku belajar...rasa diri makin dekat denganNYA melalui ape saja yang kita temui...kawan2...buku...dan kini aku percaya, kita adalah ape yang kita fikirkan...

pkp di pagoh ler...

 iya..betullll..pkp lagi..dari 13 januari hari tu..